Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd. Aminuddin
Ishak yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan
Ha ji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, meninggal dunia pukul 8.55 pagi
ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal
Felda negeri itu yang dimasukkan ke Hoshas pada 8 Jun lalu selepas
mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah akibat keracunan
makanan.
Bagaimanapun, ADUN itu ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.














0 comments
Post a Comment