Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » 10 GAJAH MATI DIRACUN
| 1 comments ]
Share

10 gajah mati.DUA bangkai gajah yang ditemui di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau, Sabah baru-baru ini.Sebanyak 10 ekor gajah spesies terancam, Pygmy Borneo yang berusia antara empat dan 20 tahun ditemui mati sejak beberapa minggu lalu di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau dekat sini dipercayai akibat racun tikus.
Paling menyayat hati adalah apabila melihat seekor anak gajah berusia kira-kira tiga bulan berada dalam keadaan seperti menangis dan seolah-olah cuba mengejutkan ibunya yang mati.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr. Laurentius Ambu berkata, siasatan awal pihaknya dalam kes terdahulu dan yang terbaharu tidak menemui sebarang kesan tembakan.
"Dalam laporan bedah siasat sebelum ini, kami mengesan beberapa kerosakan dalaman yang dipercayai akibat kesan diracun dengan racun tikus. Dalam kes terbaharu ini, laporan bedah siasat akan diperoleh dalam masa seminggu.

1 comments

hafidz said... @ January 30, 2013 at 12:36 PM

kesian dan sedih pula lihat gajah di racun. fuh~

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics