Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » AIZAT GANTI YUNA DALAM AJL 27
| 0 comments ]
Share

Aizat ganti yuna Ke AJL 27.Teka-teki siapakah pengganti Yuna dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini terjawab apabila penyanyi Aizat akan mengambil tempat penyanyi wanita itu.Stesen televisyen TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online pada petang Khamis, memberitahu, pemilihan Aizat yang akan membawakan lagu Terukir Di Bintang telah dipersetujui oleh semua pihak.

Kata kenyataan itu, dalam persembahan tersebut nanti Aizat akan diiringi oleh pemuzik Yuna sendiri iaitu Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (drum).
“Keputusan itu dicapai selepas perbincangan bersama yang dibuat antara pihak pengurusan Yuna iaitu Yuna Room Records dan pihak produksi AJL27,” kata kenyataan itu.
Yuna
Tambah kenyataan itu lagi, Aizat bersama ahli pemuzik Yuna kini sedang giat menjalani latihan persiapan saat akhir bermula Khamis (hari ini), kerana mereka mempunyai waktu yang agak singkat sebelum acara itu berlangsung Ahad ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan Yuna terpaksa menarik diri daripada beraksi pada kemuncak AJL27 pada saat-saat akhir kerana dia terpaksa memberikan komitmen dalam proses rakaman albumnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menurut pengurus kepada penyanyi itu, Nor Zaina Wardah (Wawa), keputusan itu dibuat bukan disengajakan tetapi Yuna perlu mengikut jadual rakaman album yang ditetapkan oleh syarikat rakaman yang baru disertainya itu.
Sementara itu, lagu Terukir Di Bintang yang dicipta sepenuhnya oleh Yuna merupakan lagu ke sembilan yang akan dipersembahkan pada malam kemuncak itu nanti.-mstar

Good luck Aizat.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics