Home »
gambar bajir lumpur
,
isu semasa
,
tsunami lumpur
»
TSUNAMI LUMPUR DI SUBANG JAYA
[4.1.13
|
]
Share
Gambar lumpur tsunami di subang jaya.MACAM BENDANG...tanah lumpur
di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights.Ketika memandu kereta, tiba-tiba saya melihat tanah
lumpur seperti ombak tsunami datang dari bukit berhampiran dan menimbus
kereta saya. Beberapa saat kemudian, satu lagi runtuhan berlaku dan
tanahnya menghala ke arah kereta saya.
“Tanpa berfikir panjang, saya menarik tangan isteri dan keluar
dari kereta untuk menyelamatkan diri,” kata Abdul Talib Ramli, 59,
seorang daripada lapan mangsa kejadian tanah lumpur di Persiaran Putra
Bahagia, Putra Heights, di sini, jam 6.15 petang semalam.
Dalam kejadian itu, lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal
diselaputi lumpur akibat runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang jatuh ke
dalam takungan air di kaki bukit sebelum melimpah atas jalan.
Abdul Talib berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Laila
Othman, 57, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah di Putra
Heights.
“Keadaan cuaca ketika itu cerah dan tidak hujan,” katanya yang
memberitahu turut melihat jelas sebuah Perodua Viva dan Toyota Vios yang
melalui jalan sama ‘bermandi’ lumpur.
sape yang polish keta tu sia-sia jela. hantar kedai yer. kasi licin. :)
3 comments
kesian tuan punya kereta itu..
sekarang ni hujan lebat kurang dari sejam pun boleh mengakibatkan banjir..hurmm
Musim tengkujuh mmg kerap berlaku pergerakkan tanah.mcm yg jadi dekat Highland Towers 20 tahun lalu and bukit Antarabangsa....Semoga Allah melindungi kita semua
Semoga Allah pelihara negara kita..amin
Post a Comment