Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » AMARAN RIBUT SONAMU DIHENTIKAN
| 1 comments ]
Share

Penduduk di Pantai Timur Semenanjung boleh mula menarik nafas lega selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menamatkan amaran hujan lebat dan angin kencang Ribut Tropika Sonamu, malam kelmarin.Perkara itu disahkan JMM sekali lagi menerusi portal rasminya secara berperingkat bermula jam 8 pagi hingga 12.41 tengah hari semalam.


Menurut jurucakapnya, satu Lekukan Tropika dikesan pada latitud 6.0 utara dan longitud 108.0 timur pada jam 8 pagi semalam dengan jarak kira-kira 526 kilometer ke Timur Laut Dungun.

“Begitupun pergerakan itu disahkan semakin lemah,” katanya.

Berikutan itu JMM menamatkan amaran dikeluarkan sejak beberapa hari lalu, namun orang awam masih dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada. -METRO

1 comments

Unknown said... @ January 10, 2013 at 3:32 AM

Moga Allah memberi perlindunganNya pada Rakyat Malaysia...

http://seek4stuff.blogspot.com/
http://www.thespikeyfidz.tk

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics