Share
 
KERATAN laman web yang mendakwa Najib mengalami strok ringan pada 5 Januari lalu.  
 
 | 
Penyebar berita palsu Najib stroke boleh didenda RM50,000. Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita 
palsu melalui internet atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana mereka 
boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang iaitu denda 
sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 
Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, hukuman tersebut boleh dikenakan 
mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu melalui SMS
 atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog 
boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan 
merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya 
dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penyebaran berita 
palsu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang 
strok ringan.-kosmo
Macam-macam la zaman sekarang ni. Terkejut den di pagi hari :( 
 
0 comments
Post a Comment