Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA 2013
| 3 comments ]
Share


Cara Memohon Pinjaman Pelajaran MARA 2013 | Permohonan Pinjaman {Elajaran Mara 2013 | Sukacita dimaklumkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih. Permohonan akan dibuka pada Februari ini.
Permohonan pinjaman MARA ini hanya untuk pengajian di beberapa institusi dan kolej yang terdapat dalam senarai yang disediakan oleh pihak MARA. Senarai tersebut boleh dilihat di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru permohonan pinjaman MARA.

Permohonan Pinjaman

Permohonan pinjaman MARA ini boleh dibuat secara online atau dengan secara manual.
Secara Online
  • Permohonan boleh dibuat di EduLoan.
  • Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
  • Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
  • Borang permohoan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.
Secara Manual
  • Borang permohonan boleh didapati di EduLoan.
  • Borang boleh dimuat turun di bahagian eForm.
  • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pinjaman MARA ini boleh dikemukan kepada;
Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854
atau di mana-mana Pejabat MARA Negeri.

3 comments

KamilSalleh said... @ February 24, 2013 at 3:09 AM

Salam...cikgu syahir

Pelajaran adalah amat penting,
Demi masa depan kehidupan kita,
Tanpa ilmu hidup terumbang ambing,
Jadikan pinjaman ini satu dana berjaya.

TQ...

Cqin Razak said... @ July 13, 2013 at 2:00 AM

salam tumpg tnye..ape beza e-pendahuluan dgn e-loan ?
dan ape maksud pasca ijazah diruang untk daftar tu? mohon pnjelasn?

Anonymous said... @ August 21, 2013 at 12:47 AM

salam cg..nak tanye..utk ipts je ke boleh.??ipta xboleh ke.?

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics