Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » SINOPSIS FILEM JUVANA
| 1 comments ]
Share

SINOPSIS FILEM JUVANA 2013.Hanya dalam masa empat hari, filem Juvana yang ditayangkan sejak 24 Januari lalu berjaya menarik perhatian penonton apabila kutipan tiketnya telah mencapai sehingga RM1.7 juta.
Menurut penerbitnya, Kabir Bhatia, Juvana memberi perkembangan positif bagi tahun ini selepas kemerosotan kutipan filem-filem tempatan pada tahun lalu.
“Ramai yang bertanya tentang sambungannya ini selepas menonton di pawagam dan bagi kami segala-galahnya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu.

"Sekiranya sambutannya bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Isnin.
Kabir Bhatia
Tambah Kabir, promosi Juvana di media cetak dan elektronik masih lagi diteruskan bagi membolehkan lebih ramai penonton ke pawagam selain rangka promosi melibatkan pelakon dan peminat di beberapa lokasi terpilih.
Dalam pada itu, filem kerjasama antara Juita Viden Sdn. Bhd dan Filmscape Sdn. Bhd arahan Faisal Ishak ini diyakini mampu mencatat kutipan lebih tinggi pada minggu ini berdasarkan kepada sambutan empat hari tayangan.
"Lakonan mantap barisan pelakon juga mendapat pujian daripada penonton sehinggakan ada yang begitu teruja dengan menontonnya di pawagam sebanyak tiga kali.
"Terdapat permintaan daripada penonton yang mahukan filem ini disambung lagi," kata Kabir.
Sharnaaz menerusi watak Lan Todak berjaya membawa watak antagonis tersebut dengan cukup baik dan berkesan.
Juvana yang merupakan kesinambungan daripada drama bersiri Juvana siaran TV3 itu dibarisi pelakon Johan As’ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip.
Filem genre aksi ini memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim yang terpaksa dipindahkan ke sebuah akhlak baru selepas seokolah Wira Bakti ditutup.
Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya.
Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.-mstar

1 comments

Anonymous said... @ January 29, 2013 at 9:04 AM

We [url=http://www.onlineblackjack.gd]craps[/url] be suffering with a large library of totally free casino games in regard to you to monkey tricks right here in your browser. Whether you call for to procedure a mesa recreation scenario or even-handed attempt out a some original slots before playing for legitimate money, we procure you covered. These are the exacting same games that you can treat cavalierly at real online casinos and you can join in them all representing free.

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics