Semak model telefon yang terima rebat telefon rm200.Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan
70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat
RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB).Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, model telefon
berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat
perbandingan harga di pasaran.
"SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi internet dan kini
187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia
bagi pembelian telefon pintar," katanya ketika merasmikan program
Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-nilai Murni peringkat
negeri Sabah di Kuala Penyu, dekat sini semalam.
Beliau berkata, kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 wakil
penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.
Kerajaan baru-baru ini telah melonggarkan syarat pembelian telefon
menerusi pakej PKB daripada RM500 ke bawah kepada tiada had harga.
SKMM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, belia yang telah
mendaftar boleh menyemak model-model telefon serta senarai penjual di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html
Kenyataan itu menambah, para belia juga dinasihatkan agar memilih
telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru
membeli selepas mendaftar.
Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.
Sesiapa yang belum daftar rebat telefon rm200 boleh daftar di sini. klik sini. daftar rebat telefon rm200. :)
Followers
Home »
isu semasa
,
semak 70 mel telefon rebat rm200
,
semak model tefon 3g rm200
,
semak model telefon
»
SEMAK MODEL TELEFON REBAT RM200
Share
[13.1.13
|
1 comments
]
1 comments
pasti ramai yang dah mula daftar ni :)
Post a Comment