Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » SEMAK MODEL TELEFON REBAT RM200
| 1 comments ]
Share

Semak model telefon yang terima rebat telefon rm200.Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB).Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran.

"SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar," katanya ketika merasmikan program Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-nilai Murni peringkat negeri Sabah di Kuala Penyu, dekat sini semalam.
Beliau berkata, kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 wakil penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.
Kerajaan baru-baru ini telah melonggarkan syarat pembelian telefon menerusi pakej PKB daripada RM500 ke bawah kepada tiada had harga.
SKMM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, belia yang telah mendaftar boleh menyemak model-model telefon serta senarai penjual di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html
Kenyataan itu menambah, para belia juga dinasihatkan agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar.
Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.

Sesiapa yang belum daftar rebat telefon rm200 boleh daftar di sini. klik sini. daftar rebat telefon rm200. :)


1 comments

puteri kasih said... @ January 13, 2013 at 11:21 PM

pasti ramai yang dah mula daftar ni :)

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics