Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » BONUS JUBLI EMAS TABUNG HAJI 8%
| 0 comments ]
Share

 Jamil Khir  (kiri) menunjukkan pengumuman Bonus Jubli Emas Tabung Haji sambil diperhatikan  Abi Musa Asa'ari  (tengah) dan Ismee. - Foto Izhari Ariffin  
BONUS JUBLI EMAS TABUNG HAJI 8 %. Jamil Khir (kiri) menunjukkan pengumuman Bonus Jubli Emas Tabung Haji sambil diperhatikan Abi Musa Asa'ari (tengah) dan Ismee.Tabung Haji umum bonus Jubli Emas 8 peratus, tertinggi dalam tempoh lebih 12 tahun.Pendapatan 2012 meningkat 28 peratus, keuntungan bersih pertama kali melepasi RM2b.Penyimpan Tabung Haji diberikan bonus lapan peratus untuk tahun kewangan 2012, paling tinggi dalam tempoh lebih 12 tahun lalu.

Bonus Jubli Emas sempena ulang tahun ke-50 penubuhan TH itu akan dibayar kepada 8.2 juta pendeposit mulai Ahad ini.

Daripada jumlah itu, 6.5 peratus adalah bonus tahunan dan bonus khas sebanyak 1.5 peratus, membabitkan bayaran keseluruhan RM2.46 bilion, iaitu RM2.13 bilion bonus tahunan dan RM325 juta bonus khas. Tahun lalu Tabung Haji memberikan bonus sebanyak enam peratus.

Jumlah bayaran bonus sebanyak RM2.46 bilion itu adalah rekod tertinggi sejak penubuhan Tabung Haji.


SAPA YANG SIMPAN BANYAK-BANYAK DALAM TABUNG HAJI UNTUNG LA. REZEKI JUMAAT :)

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics