DIVIDEN KWSP 6.15 PERATUS .Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar
dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini
berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding
kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.
"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang
diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47
bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi
sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011,"
katanya.
Menurut beliau pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah
ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan
rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
Katanya walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP
mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan
paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi
pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.
Followers
Home »
isu semasa
»
DIVIDEN KWSP 6.15 PERATUS
Share
[17.2.13
|
0
comments
]
0 comments
Post a Comment