Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » HIMPUNAN PERDANA ANOK-ANOK KELATE DI PRANTAUAN 2013
| 0 comments ]
Share

Anak-anak Kelantan yang hadir ke Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Perantauan 2013 pada Ahad ini berpeluang untuk membawa pulang sebuah Proton Saga FLX 1.3.Pengarah program berkenaan, Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman berkata, kereta tersebut merupakan sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah bernilai RM75,000 yang ditawarkan kepada mereka yang hadir.

Selain kereta, pihaknya juga turut menawarkan dua buah motosikal Momos bernilai kira-kira RM6,800 setiap satu dan juga hadiah-hadiah lain.
"Berdasarkan maklum balas yang kami terima, dijangka lebih 16,000 anak-anak Kelantan akan hadir pada himpunan itu," katanya ketika ditemui semasa melawat lokasi program berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini semalam.
Tambah Mohd. Kaisan, pelbagai aktiviti telah disusun sempena program itu seperti pertandingan paintball, street soccer dan dikir barat.
Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Black, Nash, Jay Jay, Aisyah AF, Ain AF, Zizi AF dan Akmal AF.
"Acara kemuncak himpunan tersebut adalah amanat khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tambahnya.
Himpunan kali kedua itu akan bermula pukul 9 pagi hingga 6.30 petang diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama warga Kelantan di sekitar Lembah Klang tanpa mengira fahaman politik.
Sesiapa yang berminat khususnya anak-anak Kelantan boleh menghubungi talian 03-4257 7009.

Anak-anak kelate sila datang yer. Jom meriahkan dengan sep2 awok demo.


0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics