Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » LIMA 13 26 HINGGA 30 MAC 2013
| 0 comments ]
Share

TARIKH LIMA 13 26 HINGGA 30 MAC 2013. Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA"13) edisi ke-12 yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac ini dijangka mengatasi rekod penyertaan edisi yang lalu dengan penambahan 10 peratus.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata LIMA"11 merekodkan penyertaan 403 pempamer, manakala pada edisi kali ini lebih 450 pempamer akan mengambil bahagian.Beliau berkata, pencapaian positif itu diharap akan menjadikan LIMA"13 sebagai edisi terbaik pernah dianjurkan kerana mempunyai program yang lebih menyeluruh dan mantap dengan penambahan serta kepelbagaian pesawat dan kapal.

"Infrastruktur dan penampilan Dewan Mahsuri juga telah ditambah baik demi menjamin kemudahan dan keselesaan para delegasi dan peserta LIMA"13," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama agensi kerajaan dan melawat tapak pameran sempena LIMA"13 di sini hari ini.
Katanya, antara tarikan utama pameran itu kali ini adalah penampilan sulung kumpulan aerobatik Jupiter daripada Tentera Nasional Indonesia dan Angkatan Udara menggunakan KT-1B Wong Bee dari Korea Selatan.
Ahmad Zahid berkata, pesawat business jet keluaran Bombardier, Embraer, Gulfstream dan Dassault juga akan turut dipamerkan pada LIMA"13.
Katanya, di Awana Porto Malai juga dijangka akan menjadi tumpuan utama kerana buat pertama kalinya kapal perang Myanmar akan dipamerkan bersama kapal pemusnah Kelas Arleigh Burke, USS Chung Hoon milik Tentera Laut Amerika Syarikat.
"Demonstrasi maritim harian yang lebih canggih turut disusun pada pameran kali ini melibatkan kerjasama antara TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), APMM (Agensi Penguat Kuasa Maritim), PDRM (Polis Diraja Malaysia), Pasukan Gerak Marin dan Kastam. Ia boleh disaksikan secara percuma bagi pelawat awam setiap hari," katanya.
Beliau berkata, lebih unik pada pameran kali ini ialah persembahan pelbagai budaya dari negara yang mengambil bahagian akan diadakan oleh anak kapal antaranya dari Singapura, Filipina, Myanmar, Australia dan Pakistan.
"Sebelum ini persembahan diadakan secara tertutup, tapi kali ini saya minta ia diadakan secara terbuka untuk orang ramai dan ia akan diadakan di Kuah.
"Pada kali ini juga penganjuran LIMA disesuaikan dengan cuti sekolah bagi memberi peluang kepada ibu bapa serta pelajar menyaksikannya," kata Ahmad Zahid.
LIMA"13 akan berlangsung di Dewan Antarabangsa Mahsuri (DAM) dan Awana Porto Malai (APM) di sini. Pameran di DAM dibuka kepada orang awam pada 29 dan 30 Mac, manakala di APM terbuka dari 26 hingga 30 Mac. - UTUSAN

Kepada yang berminat tu boleh dah tempah tiket awal-awal ke langkawi. Saya tak pergi kot kali ni, banyak urusan sangat pada tahun ni.


0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics