Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » SENARAI LEBUH RAYA BERI DISKAUN,REBAT TOL TAHUN BARU CINA
| 2 comments ]
Share

Foto
SENARAI LEBUH RAYA BERI DISKAUN DAN REBAT TOL.Lebih 4.38 juta pengguna lebuh raya, terutama Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati diskaun dan rebat antara lima hingga 37.5 peratus sempena Tahun Baru Cina ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata rebat dan diskaun itu diberikan syarikat konsesi di 24 lebuh raya seluruh negara pada hari tertentu antara 7 hingga 15 Februari ini.
“Pemberian diskaun dan rebat ini ialah kesinambungan program tanggungjawab sosial syarikat terbabit kepada pengguna seperti dilakukan pada Aidilfitri, Deepavali dan Krismas,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek pelebaran lorong keempat membabitkan laluan antara persimpangan Nilai Utara ke persimpangan Port Dickson di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) di sini, semalam.-BERITA HARIAN

2 comments

hafidz said... @ February 5, 2013 at 3:17 PM

untung juga ada cuti-cuti sebegini. mesti ada diskaun. dapat jimatkan kos :D

Anonymous said... @ April 17, 2013 at 10:14 PM

Dapatkan Diskaun, Baucar dan Rebat Tunai di Rakan Kop 1KUBSB. Tawaran TERHAD!

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics