
SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA.NAJIB Razak (tiga kiri) membuka kain
sebagai tanda pelancaran Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) di
Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini. Turut hadir timbalannya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet lain.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk
membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan
pinjaman kewangan tambahan.
"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini hari ini.
SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.
Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara. -UTUSAN
Bila dah boleh mohon. Cepat-cepat la mohon ye :)
1 comments
Lepas ni ada pelbagai pilihan la untuk pelajar buat pinjaman pendidikan. Cuma tak berapa faham terma utk pinjaman ni.
*selamat petang chekgu!
Post a Comment