Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA
| 1 comments ]
Share

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA.NAJIB Razak (tiga kiri) membuka kain sebagai tanda pelancaran Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini. Turut hadir timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet lain.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.
"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini hari ini.
SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.
Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara. -UTUSAN

Bila dah boleh mohon. Cepat-cepat la mohon ye :)

1 comments

effort lab said... @ February 7, 2013 at 3:06 PM

Lepas ni ada pelbagai pilihan la untuk pelajar buat pinjaman pendidikan. Cuma tak berapa faham terma utk pinjaman ni.

*selamat petang chekgu!

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics