Home »
achey bintang lawak
,
bintang mencari bintang
,
bintang mencari bintang final
,
tarikh dan lokasi ujibakat bintang mencari bintang
»
Achey Juara Bintang Mencari Bintang
[24.6.13
|
]
Share
Achey Juara Bintang Mencari Bintang.Peserta Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir
Hamzah dinobatkan sebagai Juara program realiti Bintang Mencari Bintang
(BMB) pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan secara
langsung di Stadium Malawati di sini Ahad.Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu
kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed
Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000
beserta trofi.
Achey diangkat oleh peserta lain kerana kemenangannya.
Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu
Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan
membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.
Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan
Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000
beserta trofi.
Pada malam kemuncak itu, Bocik, Achay, Tapaw dan Titan dikehendaki
membuat dua persembahan iaitu secara solo dan bergandingan dengan sifu
masing-masing yang merangkumi tiga minit sketsa komedi dan dua minit
nyanyian.
Tirai pembukaan konsert akhir BMB dimulakan dengan peserta yang
sudah tersingkir iaitu Bowl, Ajo, Awok, Kelawak, Tocai, Gegau, Xoxo dan
Big Too dengan mempersembahkan lagu tema BMB serta lagu Goyang Inul bersama One Nation Emcees.
Dalam pada itu pelawak Datuk Jamali Shadat, Mat Sentol dan Hamid
Gurkha turut membuat penampilan istimewa sebelum keputusan pemenang
diumumkan.
Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50
peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat
pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.
Program ini dihoskan oleh Adibah Noor manakala jurinya dibarisi Fauziah Ahmad Daud dab A.R Badul serta Ajai.
sumber
0 comments
Post a Comment