Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » Senarai Nama Atlet ke Sukan SEA 2013
| 0 comments ]
Share

Senarai Nama Atlet ke Sukan SEA 2013.Jumlah penyertaan atlet negara pada Sukan SEA di Myanmar Disember ini, dijangka diputuskan pertengahan bulan depan, kata Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi. Beliau berkata setakat ini, badan induk kebangsaan itu masih menunggu buku peraturan pertandingan temasya itu daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Myanmar.



Lihat buku peraturan

“Mereka memaklumkan akan menghantar buku peraturan itu dalam minggu ini atau minggu depan dan selepas itu kita akan serahkan kepada persatuan sukan bagi menentukan atlet mereka. Mungkin selepas Aidilfitri kita boleh tahu jumlah atlet negara yang akan mengambil bahagian di Myanmar nanti,” katanya semalam.

Ditanya mengenai jumlah atlet negara ke temasya berkenaan, Kok Chi berkata pada masa ini, beliau tidak dapat menentukan angkanya selagi belum melihat buku peraturan pertandingan itu.

“Saya difahamkan, misalnya daripada 10 acara dalam sukan mempertahankan diri, penganjur hanya membenarkan setiap negara menyertai enam acara,” katanya.
Kok Chi berkata empat acara yang tidak disertai atlet Malaysia pada temasya yang akan berlangsung dari 11 hingga 22 Disember itu ialah gusti, perlumbaan bot tradisional serta dua sukan seni mempertahankan diri - kempo dan vovinam. - BERNAMA 


SUMBER

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics