Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » HANDPHONE BUKAN PUNCA BARAH OTAK
| 0 comments ]
Share

Telefon selular tak sebabkan risiko barah otak

TIADA bukti menunjukkan penggunaan telefon selular menyebabkan barah otak. -

Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.
"Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion atau non ionized radiation iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab satu soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad.-kosmo

Jadi ada sesetengah orang berpendapat guna handphone bahaya kepada otak.Terpulanglah kepada diri sendiri nak guna ke tak nak. :) 

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics