Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » SIME DARBY SAMAN BEKAS CEO,ZUBIR MURSHID
| 0 comments ]
Share

Sime Darby Bhd memfail saman di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, dan empat yang lain kerana didakwa melanggar peraturan pelaksanaan tugas. 

Empat yang lain itu ialah Datuk Mohamad Shukri Baharom (bekas naib presiden
eksekutif bahagian tenaga & utiliti kumpulan), Abdul Rahim Ismail (bekas ketua
pegawai kewangan bahagian tenaga & utiliti kumpulan), Abdul Kadir Alias
(bekas ketua unit perniagaan minyak & gas bahagian tenaga & utiliti) dan
Mohd Zaki Othman (bekas pengurus besar kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd).
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata saman itu bertujuan
menebus kerugian yang dialami oleh Sime Darby Group dalam projek Qatar Petroleum, projek Maersk Oil Qatar (MOQ) dan projek yang berkaitan dengan
pembinaan kapal-kapal bagi kegunaan dalam projek MOQ, dikenali sebagai'Marine
Project'.
Kumpulan itu menuntut daripada defendan, antara lain, pengembalian wang yang
dibayar secara salah, ganti rugi bagi kerugian yang dialami, kehilangan
keuntungan, kerosakan teruk dan kos.
Zaid Ibrahim & Co dikekalkan sebagai peguam cara Sime Darby dan Tommy
Thomas sebagai peguam. -- BERNAMA

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics