Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » HUJAN DI PANTAI TIMUR RABU HINGGA SABTU
| 0 comments ]
Share

Hujan di negeri pantai timur mulai esok hingga sabtu.Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula esok sehingga Sabtu.
 
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah di daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, manakala di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, sementara di Pahang melibatkan daerah Kuantan.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang kini berlaku di Sabah dijangka berlarutan hingga Jumaat. 

Kawasan yang terlibat ialah di Kudat, Pitas, Kota Murudu, Ranau, Kota Belud, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai, menurut kenyataan itu-UTUSAN

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics