Keputusan Malaysia vs Singapura-Piala Suzuki AFF: Malaysia 0 Singapura3
Juara bertahan, Malaysia ketinggalan 0-2 dalam perlawanan Piala Suzuki 
AFF Kumpulan B menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 
sebentar tadi.
Kedua-dua gol Singapura dijaringkan oleh Shahril Ishak masing-masing pada minit ke-31 dan ke-37.
Piala Suzuki AFF: Indonesia 2 Laos 2 Naib juara 2010, Indonesia berkongsi satu mata dengan Laos selepas 
kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala
 AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Laos,
 yang dibimbing oleh jurulatih Jepun, Kokichi Kimura mendahului pada 
minit ke-29 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Khampheng 
Sayavutti untuk menewaskan penjaga gol gantian Indonesia, Wahyu Tri 
Nugroho.
      
      Terdahulu penjaga gol utama mereka iaitu Endra Prasetya Suprapto 
dibuang padang oleh pengadil perlawanan dari Hong Kong, Ng Kai Lam 
kerana menjatuhkan pemain Laos di dalam kotak penalti.
      
Laos turut beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-33 selepas 
Sopha Saysana dibuang padang kerana melakukan terjahan keras ke atas 
penyerang Indonesia, Andik Vermansyah.
      
Skuad Garuda berjaya 
menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi pemain naturalisasi 
mereka dari Belanda, Raphael Guillerm Eduardo Maitimo menerusi tandukan 
untuk menewaskan penjaga gol lawan, Sengphachan Bounthisanh.
Pemain
 gantian Keoviengpheth Lithideth menjaringkan gol kedua untuk pasukan 
Laos pada minit ke-79 sebelum pemain gantian Indonesia, Vendry Ronaldo 
Mofu menyamakan kedudukan pada minit ke-89.
Selepas ini, Laos akan menentang Malaysia manakala Indonesia bertemu Singapura pada Rabu ini.
Mintak-mintak malaysia menang pulak kali ni. Tebus la kekalahan pada malam ni. Malu la kalah di padang sendiri. Semangat pon hilang :(
Followers
Home »
keputusan indonesia vs laos
,
keputusan malaysia vs singapura
,
keputusan piala suzuki aff 2012
,
sukan
»
KEPUTUSAN PIALA SUZUKI AFF 25 NOVEMBER
Share
          [25.11.12
 | 
2
comments
]
    














2 comments
As salam Cikgu,
Sama2 kita doakan kemenangan Malaysia malam ni...malaysia boleh!
ya.. semoga menang malam ni :) in sha Allah
Post a Comment