Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » KEPUTUSAN PIALA SUZUKI AFF 25 NOVEMBER
| 2 comments ]
Share

Keputusan Malaysia vs Singapura-Piala Suzuki AFF: Malaysia 0 Singapura3
Juara bertahan, Malaysia ketinggalan 0-2 dalam perlawanan Piala Suzuki AFF Kumpulan B menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kedua-dua gol Singapura dijaringkan oleh Shahril Ishak masing-masing pada minit ke-31 dan ke-37.


Piala Suzuki AFF: Indonesia 2 Laos 2 Naib juara 2010, Indonesia berkongsi satu mata dengan Laos selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.


Laos, yang dibimbing oleh jurulatih Jepun, Kokichi Kimura mendahului pada minit ke-29 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Khampheng Sayavutti untuk menewaskan penjaga gol gantian Indonesia, Wahyu Tri Nugroho.

Terdahulu penjaga gol utama mereka iaitu Endra Prasetya Suprapto dibuang padang oleh pengadil perlawanan dari Hong Kong, Ng Kai Lam kerana menjatuhkan pemain Laos di dalam kotak penalti.


Laos turut beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-33 selepas Sopha Saysana dibuang padang kerana melakukan terjahan keras ke atas penyerang Indonesia, Andik Vermansyah.


Skuad Garuda berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi pemain naturalisasi mereka dari Belanda, Raphael Guillerm Eduardo Maitimo menerusi tandukan untuk menewaskan penjaga gol lawan, Sengphachan Bounthisanh.

Pemain gantian Keoviengpheth Lithideth menjaringkan gol kedua untuk pasukan Laos pada minit ke-79 sebelum pemain gantian Indonesia, Vendry Ronaldo Mofu menyamakan kedudukan pada minit ke-89.

Selepas ini, Laos akan menentang Malaysia manakala Indonesia bertemu Singapura pada Rabu ini.

Mintak-mintak malaysia menang pulak kali ni. Tebus la kekalahan pada malam ni. Malu la kalah di padang sendiri. Semangat pon hilang :(

2 comments

hafizmd said... @ November 28, 2012 at 1:35 PM

As salam Cikgu,
Sama2 kita doakan kemenangan Malaysia malam ni...malaysia boleh!

cikgu syahir said... @ November 28, 2012 at 5:35 PM

ya.. semoga menang malam ni :) in sha Allah

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics